Wednesday, October 21, 2009

Kalau aku punyai sayap!

Banyaknya perkara mahu dilakukan sebelum usia menginjak 30. Berjuta-juta. Rasa mahu lakukan semua. Rasa mahu rebut semua peluang yang ada. Rasa mahu rasa semuanya. Ya, saya tamakkan semua perkara.Hah!



Salah satunya. Menjelajah ke negara asing. Ya, ya kamu mesti mahu membebel tentang kenapa mahu ke negara orang lain, sedangkan negara sendiri tidak dijelajah habis-habisan lagi. Jawapannya, saya sukakan perasaan berada di negara lain, masa lain, musim lain, persekitaran lain, dimana saat itu perasaan homesick dan mahu pulang ke Malaysia akan mula ada, dan memang, entahlah satu perasaan yang luar biasa. Sangat.





Ketika saya ikut homestay ke Jepun tahun lepas, saya ada berkenalan dengan seorang gadis sebaya. Si gadis Jepun berkulit putih lepak yang diberi nama Risa Arashima, yang mempunyai wajah seiras pelakon terkenal yang pernah muncul dalam Kill Bill 2, Chiaki Kuriyama ini seorang yang sangat peramah dan kool.







Risa-chan cantik dan penuh bersemangat! Dan dia punya banyak cita-citanya yang buat saya kagum.


Usia 21, dia sudah ke Australia seorang diri merantau mencari kerja, hanya untuk merasa pengalaman berkerja di luar negara, dan disamping mengasah bahasa Inggerisnya. Ya, dia ke sana dengan bahasa Inggeris yang sungguh limited, dan kini siap ada slang Aussie ok. Betul lah kalau orang kata, dalam bab improvasi komunikasi dalam bahasa asing, kita kena banyak berlatih cakap, kalau tulis saja memang tak lepas la. Macam bahasa Jepun saya, pergi ke Jepun, hambik ko terkial-kial mencari perkataan.



But it helps. Very challenging. And I love challenges. Buat kita rasa semangat dan tidak mahu mengalah dengan keadaan.



Ok, sambung balik cerita Risa-chan.



Dia ke sana menjadi seorang waitress selama setahun di restoran famili namun tiba-tiba dia menghidap sejenis penyakit berkaitan lehernya. Saya tak pasti apa, tapi sakitnya itu menyebabkan Risa-chan terpaksa pulang ke Jepun. Masa saya berjumpanya, dia baru saja pulang dari sana, dan memang sedang sakit bahagian leher. Mungkin otot. Saya pun tak pasti.





Namun sikap ingin tahu dan adventurnya tak pernah padam, selepas itu dia menyimpan duit untuk berjalan-jalan di US pula. Oh, she is adventure seeking girl. Saya juga berkenalan dengan rakan baiknya Kaori Takahashi yang kini sedang belajar Bahasa Inggeris di US. Sambil berkerja.





Kaori yang sebelah kiri saya tu. Very quiet but she speaks excellent english. Padahal baru beberapa bulan ke US.


I wish I could be just like them. Tidak takut menghadapi dunia baru, pengalaman asing namun penuh cita rasa baru. It feels like you are born to be a different person in a very new country. Hehe. Satu benda boleh disimpan dan dijadikan pedoman untuk masa depan. Tak juga boleh diceritakan untuk anak cucu kelak.Haha




I cant stop thinking about traveling. One day I want to take my own chance. My first step has already be taken, which is Japan. Next? Haha, I am not so sure. I want to go to Japan again, sebab last year was not enough for me.






Itali. Norway. Scotland. New Zealand. South Africa. England. South Korea. Semua Ah.



Saya mahu merasa pergi Umrah juga. Lebih indah jika dapat ke sana dengan famili kan.





Saya mahu lakukannya, dan akan berusaha keras untuk mendapatkannya. There is no way of saying money is the problem. Sebab apa apa perkara dalam dunia ni pun, dapat diselesaikan. Hanya perlukan masa dan kesabaran.

Ya, nasihat untuk kamu kamu semua dan seharusnya untuk diri sendiri ini.



Hehe.

0 comments: