Friday, October 23, 2009

500 days of Intan. Hahaha





This morning was definitely tormenting.


I was assigned to check and read the new case that my bos handles. Meaning, she takes conduct of the case that has been handed over by the previous lawyer from other firm.

Meaning, I had to go to the High Court to actually go through a very tiring procedure to check on such file that is kept by the Court. Kejap kejap ke kaunter bayaran mahkamah, kejap kejap ke kaunter semakan kes, ugh.



And dealing it with such rude staff is just making my day a bit worse.


Saya tak kisah jika kamu mahu menegur saya atas kekurangan dan kelalaian saya tentang suatu perkara. Benar. Saya tak akan kisah. Malah saya mampu terima dengan senyum paling manis, jika dan hanya jika kamu benar-benar ikhlas menegur dan diiringi dengan bahasa yang betul. Bukan tanpa adab.


Jelingan kamu dan teguran panas kamu buat saya rasa kakitangan kerajaan memang mudah PMS dan kurang bahasa manis. Maaflah, ini kebenaran. Saya bukan kata semua, tapi kebanyakkan. Saya tidak bernada pilih kasih. Ayah saya juga seorang kakitangan kerajaan. Mak saya pun, bekas kakitangan kerajaan, sebab tempat mak saya bekerja sekarang sudah diswastakan.


But truly akak, you just could say it with a smile, not with your sharp look. Kalau suara saya perlahan, katalah " Dik, cakap kuat sikit boleh, akak tak dengar". Ini tak, kamu menjerit ke muka saya dengan " Kamu ingat telinga akak ni besar ke, cakap kuat sikit!". Amboi, bahasa. Penuh yakin tu.

Pagi yang panas. Memang rosak mood Jumaat yang hening. Lalu, selesai tugas saya cuba nak menceriakan hati sedih dengan pergi makan di KLCC. Seorang saja donk.Tanpa Nobita. Mahupun Doralin. Apatah lagi Sinyu.


Dulu saya selalu risau kalau ada tugasan kena pergi court sebab saya tiada transport balik melainkan teksi yang mahal menjerut tekak tak boleh nak nafas. Kini tidak lagi, dengan adanya VAN MAHKAMAH.Haha, saya tak perasan pun ada perkhidmatan van mahkamah ke Masjid Jamek dan KL Central dengan bayaran hanya RM2 dari Jalan Duta. Menarik sungguh. Banyak juga lawyer-lawyer guna perkhidmatan van ni.



Di KLCC, selesai lunch dengan spaghetti bolognese dan iced mocha, saya tak terus balik ke ofis. Saya jalan jalan KLCC dulu. Usha Topshop (kardigan cun cun belaka baru nak wujud time in-chan takde duit, cait!). Zara pun sama. Mengada semua!Lalu kecewa,Saya pergi tonton wayang. Seorang. Haha. Cerita apa?

Cerita impian saya. Yang saya nak tengok sangat ni ha.





500 days of Summer








*All pictures are credited to its rightful owner*



A very very nice story. I love it from the start until its end. And to watch my fave actress (Zooey Deschanel) playing such a unique character on screen, makes my day. Dan secara rasminya, Joseph Gordon Levitt kini menjadi salah satu penyeri list pelakon kegemaran saya. Attention untuk Ili-chan, Iqa-chan dan Sue-chan mana tahu in the future lepas korang tengok cerita ni kamu pun terpikat sama. Hahahaha. He is just too good. And cute. And boyish. And funny. And romantic. And sweet. And nice. And has small smiling eyes. Yes, kriteria penting tuh. Hahaha.



You should go watch it guys.


Habis cerita, balik sambung kerja di opis. Taip surat untuk mahkamah yang dipangkah bos berkali-kali sebab ada saja benda tak betul. Haih. Baru 2 minggu nih. Sudah mahu bersara kah In-chan. Haha.

0 comments: